Pada 17 Februari 2009 seramai 38 pelajar dari Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Alor Setar, Kedah. Pada 17 Februari 2009 seramai 38 pelajar dari Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Alor Setar, Kedah.
Mereka adalah terdiri daripada pelbagai program pengurusan di bawah Unit Kepimpinan (Kegiatan Ko Kurikulum). Taklimat berhubung kepenjaraan telah sampaikan oleh TPP Mohd Suhairi bin Awang. Antara maklumat yang disampaikan dalam taklimat tersebut adalah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penjara dan hala tuju jabatan penjara dalam memberi kawalan keselamatan dan seterusnya pemulihan kepada penghuni dalam konteks kehidupan hari ini.
Brosur penjara diberikan kepada pelajar supaya dapat memahami dengan lebih jelas fungsi dan perkhidmatan yang diberikan kepada penghuni dan seterusnya penglibatan penjara dalam masyarakat. Di akhir lawatan para pelajar telah dibawa ke Galeri Penjara di Unit Vokasional dan Industri dimana barang-barang kraftangan dihasilkan oleh penghuni penjara. ""