| Penjara Alor Setar telah mengadakan kursus kesedaran dan pendidikan tentang bahaya penyeludupan dalam aspek kesihatan dan keselamatan kepada penghuni pada 23 Mac 2009. |
Penjara Alor Setar telah mengadakan kursus kesedaran dan pendidikan tentang bahaya penyeludupan dalam aspek kesihatan dan keselamatan kepada penghuni pada 23 Mac 2009. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni tentang kesedaran bahaya penyeludupan artikel larangan ke dalam penjara dari segi aspek kesihatan diri. Pengisian program ini dimulakan dengan ceramah oleh Dr. Siti Aishah binti Johari dari Pusat Kesihatan Pokok Sena. dengan tajuk "Bahaya Kesihatan Diri Yang Diseludup di Dalam Rektum dan Ditelan." Manakala, ceramah mengenai "Bahaya Penyeludupan Dalam Aspek Keselamatan Pada Penjagaan Kesihatan" oleh PP Adinaraina a/l Subramaniam dari Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Ceramah tentang tajuk "Implikasi dan Sebab Akibat Penyeludupan Artikel Larangan ke Dalam Penjara" pula disampaikan oleh PP Hj Zainuddin bin Zakaria, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar. Majlis penutupan kursus tersebut dirasmikan oleh Pengarah Penjara Alor Setar, PKP Kamarudzaman bin Hj Mamat dan diakhiri dengan demontrasi membakar artikel larangan. | |