| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Penguasaan Akidah Dalam Kehidupan Seharian Bagi Banduan

1
Jabatan Penjara Malaysia Limbang dengan kerjasama penceramah dari Sekolah Menengah Agama Limbang telah diadakan Program Ceramah Penguasaan Akidah Dalam Kehidupan Seharian bagi banduan
Baru-baru ini bertempat di Surau An-Nur (surau penghuni), Jabatan Penjara Malaysia Limbang dengan kerjasama penceramah dari Sekolah Menengah Agama Limbang telah diadakan Program Ceramah Penguasaan Akidah Dalam Kehidupan Seharian bagi banduan. Program ini telah dibuat pada 02 April 2009 bermula pada pukul 0900 pagi dan berakhir pada 1300 tengah hari. Program yang dihadiri oleh 61 orang banduan ini, adalah bagi penghuni yang beragama Islam yang dipilih dari blok Berkat dan blok Aman.

Acara ini dimulai dengan kata-kata aluan pengerusi majlis iaitu Ustaz Fauzi bin Ghazali. Bagi memberkati lagi majlis pada pagi itu, majlis menjemput saudara Adeni bin Maharop untuk memperdengarkan bacaan tilawah al-Quran. Kemudian majlis disusuli pula dengan ucapan daripada wakil Pengarah iaitu TPP Maswardi bin Masri yang menyentuh mengenai kepentingan memantapkan akidah agar kita tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Beliau juga berharap agar para banduan dapat mengambil peluang yang sedia ada di dalam penjara untuk memantapkan ilmu pengetahuan dengan menghadiri kelas yang disediakan dan mengikuti program yang diadakan.

Acara seterusnya ialah ceramah yang bertajuk Penguasaan Akidah Dalam Kehidupan Seharian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Ghani bin Abidin. Beliau merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang. Banyak perkara yang berkaitan dengan akidah disentuh oleh beliau terutama sekali kelemahan akidah umat Islam sekarang ini yang membawa kepada kehancuran Islam.

Program ini kemudiannya diteruskan pula dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid banduan iaitu An-Nahwan dengan nasyid bertajuk Sendiri dan Al-Quran Kitab Petunjuk. Diharapkan penganjuran ceramah ini dapat memberi banyak input dan faedah bagi memastikan para banduan dapat kembali ke pangkal jalan
2
3
""