Dasar pendekatan Jabatan Penjara Malaysia kepada Terapi Gantian Metahdone adalah salah satu kaedah program ‘Harm Reduction’ untuk pengguna opiate. Program ini adalah untuk mengurangkan kesan-kesan negative ....
Dasar pendekatan Jabatan Penjara Malaysia kepada Terapi Gantian Metahdone adalah salah satu kaedah program ‘Harm Reduction’ untuk pengguna opiate. Program ini adalah untuk mengurangkan kesan-kesan negative kesihatan yang berpunca daripada perlakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. Metahdone mengganti opiate seperti heroin dan morfin. Dengan dos yang sesuai ia dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda pengunduran.Terapi gantian metahdone adalah pemberian ubat preskripsi di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Metahdone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi di ambil secara oral (melalui mulut), sekaligus mengatasi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan penggunaan/ perkongsian alat-alat suntikan. Metahdone bertindak menutup menghilangkan rangsangan heroin dan opiate lain pada otak. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan
Penjara Taiping telah dipilih oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk melaksanakan program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) Fasa Ketiga melalui keputusan dalam mesyuarat di Penjara Pulau Pinang pada 19 Januari 2009.
Institusi ini telah bertindak memulakan perancangan awal di peringkat Institusi pada 20 Januari 2009 dengan mengadakan mesyuarat perancangan yang dipengerusi oleh Pengarah Penjara Taiping Tuan Tan Tien Heng. Hasil mesyuarat perancangan tersebut telah mengambil keputusan mengadakan Program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) sepertimana mengikut Dasar Jabatan Penjara Malaysia masakini.
Pada 23 Januari 2009 seramai lima (5) kakitangan Institusi ini Pegawai Perubatan Panel Dr Subramaniam a/l R.Vellian, KIP Saruddin bin Ismail, KIP Liza bt Ahmad, Pegawai Rekod KIP Roshimah dan Pembantu Pegawai Perubatan Mohd Noor bin Rashid telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Pulau Pinang bagi mempelajari prosedur program Metahdone Maintenance Therapy (MMT). Hasil lawatan tersebut Institusi ini telah membuat penerangan dan tawaran mengikuti program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) kepada semua banduan-banduan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Maklumbalas dapati mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kebanyakan adalah tidak melepasi syarat-syarat yang ditentukan dalam prosedur. Bagi yang layak mengikuti program akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikuti giliran yang ditetapkan.
Pada 11 Februari 2009, Institusi telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang dihadiri Pegawai Kesihatan Epid JKN Perak Dr Asmah bt Zainal Abidin, Pegawai Kesihatan Daerah Taiping Dr Syed Mud Puad b.Syed Amran, Pegawai Farmasi Hospital Taiping Puan Narimah bt Mohd Yusof dan En.Lee Zenshen serta Pejabat Kesihatan Daerah Taiping PPP Hj Abdullah Sani b.Shabdin. Hasil mesyuarat tersebut telah mendapat kerjasama dari semua pihak untuk melaksanakan program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) dalam bulan Mac 2009.
Pada 19 Februari 2009 seramai tiga (3) kakitangan Institusi ini terdiri Pegawai Perubatan Panel Dr Subramaniam a/l R.Vellian, KIP Saruddin bin Ismail dan Pembantu Pegawai Perubatan Mohd Noor bin Rashid telah membuat lawatan sambil belajar di Bahagian Farmasi Hospital Taiping, Perak.
Pada 02 Mac 2009 Institusi ini telah menerima kebenaran peluasan Program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) daripada YB Dato’ Dr Hj Ahmad Razin bin Dato’ Hj Ahmad Mahir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Pada 23 hingga 27 Mac 2009 seramai enam (6) anggota telah mengikuti Kursus Metahdone Maintenance Therapy (MMT) di Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Bahagian Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
i. TPP Mohd Kaspu Anwar b. Elias
ii. Dr Subramaniam a/l Vellian
iii. KIP Saruddin b.Ismail
iv. IP Zaihuri b.Zulkifli
v. WP 6478 Tajuddin b.Yeop Ali
vi. WP 12911 Khairul Fais b.Idris
Pada 08 April 2009 (Rabu) lebih kurang jam 09.00 pagi, program Metahdone Maintenance Therapy (MMT) bermula di Institusi ini dengan seramai tiga (3) orang banduan.
""