8 September 2008 - Kompleks Penjara Kluang telah mengadakan Perhimpunan Setia bersempena pemakaian pangkat 2 pegawai kanan wanita yang dinaikan pangkat sebagai Ketua Inspektor Penjara dan seorang pegawai kanan lelaki yang telah disahkan jawatan sebagai Inspektor Penjara.
Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Kluang PKK. Roslan Bin Haji Mohamed, Timbalan Pengarah Penjara PKP. Mohd Muslih Bin Haji Mahmud, pegawai - pegawai kanan, anggota lain - lain pangkat serta kakitangan awam. Dalam ucapan pengarah, beliau telah mengucapkan selamat datang kepada 10 orang Inspektor Penjara lantikan terus yang baru melapor diri serta 5 orang tenaga pengajar Sekolah Integriti yang baru melapor diri.
Di samping itu juga, beliau mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kakitangan beragama Islam yang bertugas di Penjara Kluang.