| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Perjumpaan Bersemuka Sempena Menjelang Hari Raya Aidilfitri Penjara Pulau Pinang

Pada 22 September 2008 bersamaan 22 Ramadhan 1429H Penjara Pulau Pinang telah mengadakan program perjumpaan bersemuka sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri bertempat di Kantin Pegawai Penjara Pulau Pinang. Program tersebut telah dihadiri oleh 17 keluarga banduan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni bagi menghargai hubungan kekeluargaan dan memberi peluang kepada penghuni mencurahkan kasih sayang dan bermaaf-maafan terhadap keluarga tersayang sempena sambutan hari raya yang diraikan.

Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi mendekatkan hubungan banduan dengan keluarga masing-masing serta menunjukkan bahawa mereka tidak tersisih dan masih mempunyai keluarga.

1

2

3

4

""