Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi telah diadakan pada 20 Oktober 2008 (Isnin) di Dataran Kawad Penjara Pulau Pinang. Acara bermula seawal jam 7.45 pagi iaitu Perbarisan yang disertai oleh 250 orang terdiri daripada Pegawi-pegawai Kanan, serta anggota pelbagai pangkat.
Perbarisan diketuai oleh KIP Noor Mayadi Bin Hj Ali. Pada jam 8.00 pagi ketibaan Penolong Kanan Komisioner Penjara telah menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Sjn 5468 Abdul Aziz Bin Jaafar.
Acara perbarisan dimulakan dengan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik dan Bacaan Ikrar. Penolong Kanan Komisioner Tuan Ab. Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Pulau Pinang menyampaikan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara. Seterusnya Penganugerahan Pangkat kepada Timbalan Penguasa Penjara (2) orang, Ketua Inspektor Penjara (2) orang dan Inspektor Penjara (1) orang.
Seramai (33) orang menerima Pingat Perkhidmatan Awam (PPA), (7) orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), (3) orang menerima Pingat Ketua Pengarah - Gangsa (PKPP-G), (3) orang menerima Pingat Setia Penjara (PSP), (1) orang menerima Pingat Cemerlang Penjara, (1) orang menerima Pingat Bakti Penjara (PBP), (1) orang menerima Sijil Kepujian�Lencana Merah (SK-LM), (2) orang menerima Sijil Kepujian�Lencana Merah (SK-LH), (21) orang menerima Riben Kelakuan Baik (RKB), (2) orang menerima Sijil Penghargaan dan (12) orang menerima Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara(KWHPP). Bacaan doa bagi memberkati majlis oleh Ustaz Khairun Nizam Bin Abdul Samad.
Aturcara seterusnya Pembakaran artikel larangan (tembakau) telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Abdul Basir Bin Mohamad. ""