23 Oktober 2008, Khamis - Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Kluang telah mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Deepavali untuk para penghuninya. Program bermula tepat jam 0900hrs dengan kehadiran 384 orang banduan termasuk banduanita dan telah diadakan di Padang Insaf Penjara Kluang. Majis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Kluang PKK Roslan Bin Haji Mohamed dengan diiringi oleh PP Faridon Bin Md. Saad serta pegawai serta anggota Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Kluang. | |
Sketsa yang dipersembahkan oleh banduan | |
Pada majis tersebut banduan - banduan yang terlibat telah mempersembahkan sajak, dikir barat, nyanyian, koir dan lain - lain yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri serta Deepavali. Tujuan mengadakan majlis ini adalah untuk memperlihatkan kepada penghuni bahawa masih ada orang yang mengambil berat dan sudi merayakan hari yang mulia ini bersama - sama walaupun dikawasan tembok batu yang terasing dari masyarakat. Disamping itu juga, ia adalah salah satu program pemulihan yang membolehkan para penghuni mempelajari hidup bermasyarakat dengan aman dan damai. |