| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perjumpaan Bersemuka Sempena Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali Di Jabatan Penjara Penor, Kuantan 2008

0Program Jalinan Kasih telah dirancang dalam masa seminggu untuk pemilihan dan tapisan banduan. Pada peringkat awal kita telah mendapat seramai 20 banduan yang ingin menyertai Program Jalinan Kasih Jabatan Penjara Penor.
Program Jalinan Kasih telah dirancang dalam masa seminggu untuk pemilihan dan tapisan banduan. Pada peringkat awal kita telah mendapat seramai 20 banduan yang ingin menyertai Program Jalinan Kasih Jabatan Penjara Penor. Selepas menjalankan sesi temuduga dan tapisan, Unit Bahagian Pemulihan Penjara Penor berjaya mengumpul seramai 9 banduan yang akan menyertai program tersebut.

Pada 23 Oktober 2008, Unit Pemulihan telah menghubungi pihak keluarga berkenaan mengenai Program Jalinan Kasih bagi memaklumkan sedikit sebanyak tentang aturcara program yang akan dijalankan di Penjara Penor. Pada mulanya, ketika dihubungi 20 keluarga banduan hanya 9 keluarga yang bersetuju hadir ke program ini manakala 11 keluarga lagi tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
1


Pada 25 Oktober 2008, Unit Pemulihan Penjara Penor telah memaklumkan kepada banduan mengenai persetujuan keluarga mereka untuk hadir pada hari yang telah ditetapkan. Pada 27 Oktober 2008, Program ini telah dilaksanakan di perkarangan kawasan kantin dalam penjara seramai 9 banduan yang terpilih telah dikumpulkan di perkarangan itu. Sebelum Program Jalinan Kasih dimulakan banduan yang terlibat diberi penerangan dan peraturan-peraturan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sekali gus merosakkan program tersebut dan imej Jabatan Penjara. Penerangan disampaikan Pegawai Unit Bahagian Pemulihan Penjara Penor.

Program bermula pada jam 8 pagi, seramai 25 banduan terpilih untuk mengadiri upacara sembahyang di Dewan Syarahan (Therapeutic Community) dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Manakala 9 banduan terpilih bagi Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali yang bermula pada jam 9.30 pagi dan program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Program ini diadakan secara berperingkat iaitu peringkat pertama seramai 2 keluarga banduan dibenarkan berjumpa yang mengambil masa selama 45 minit setiap satu sesi. Manakala peringkat kedua melibatkan 2 keluarga.

Progran Jalinan Kasih berjalan dengan lancar dan selamat di bawah kawalan Sarjan Penjara 4086 Juhan Abd Rahman dibantu 6 anggota dari Unit Pemulihan,5 anggota dari Unit tempat jumpa dan 3 anggota dari UKP. Pada awal program itu, suasana begitu meriah apabila satu keluarga demi satu keluarga datang manakala penghuni pula sabar menunggu ketibaan keluarga mereka. Pihak keluarga dan penghuni diberikan capati, muruku dan sirap yang disediakan Jabatan Penjara. Seramai 2 wartawan dari media cetak dijemput bagi menjayakan program itu diantara yang hadir ialah Berita Harian.

Ketika majlis berjalan dengan meriahnya, terdapat satu keluarga banduan menjadi tumpuan para media apabila salah seorang banduan menitiskan air mata kegembiraan sebaik berpeluang memegang tangan dan memeluk anak yang tidak pernah ditemui sejak dimasukkan ke dalam penjara

Pada masa yang sama, terdapat satu keluarga menghubungi Penjara Penor memaklumkan tidak dapat dapat hadir ke Program Jalinan Kasih kerana urusan peribadi. Kira-kira lebih kurang 20 ahli keluarga turut hadir dalam menjayakan program anjuran Jabatan Penjara manakala 5 keluarga banduan tidak hadir pada saat-saat akhir.

Kesimpulannya, pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Penjara khususnya Penjara Penor, Kuantan kerana Program Jalinan Kasih ini mampu merapatkan lagi hubungan kekeluargaan selain dapat memupuk nilai kasih sayang yang tinggi antara keluarga dengan penghuni
""