| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Kualiti & Integriti KDN 2008

PUTRAJAYA, 26 Nov. - Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan anugerah kualiti peringkat Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2008. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Layanan Telefon, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Anugerah Piagam Pelanggan, Anugerah Pengurusan Kewangan, Anugerah Perkhidmatan Kaunter, Anugerah Keceriaan Pejabat dan Anugerah Galeri Pameran. Sebanyak 139 penyertaan telah diterima daripada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

PUTRAJAYA, 26 Nov. – Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan anugerah kualiti peringkat Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2008. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Layanan Telefon, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Anugerah Piagam Pelanggan, Anugerah Pengurusan Kewangan, Anugerah Perkhidmatan Kaunter, Anugerah Keceriaan Pejabat dan Anugerah Galeri Pameran. Sebanyak 139 penyertaan telah diterima daripada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Penjara Malaysia telah diumumkan sebagai Johan bagi Kumpulan Meningkat Mutu Kerja diwakili oleh Penjara Kajang, Selangor dan Anugerah Pengurusan Kewangan diwakili oleh Penjara Taiping, Perak manakala Naib Johan adalah dalam Anugerah Pengurusan Kewangan diwakili oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan,Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Tempat ketiga bagi Anugerah Piagam Pelanggan diwakili oleh Penjara Wanita Kajang, Anugerah Perkhidmatan Kaunter diwakili oleh Penjara Sg. Buloh, Selangor serta Anugerah Galeri Pameran diwakili oleh Penjara Taiping, Perak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Syed Hamid b. Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir adalah Y.B Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah kementerian. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

Antara Tetamu Kenamaan yang hadir

Y.B. Dato’ Seri Syed Hamid b. Syed Jaafar Albar,
Menteri Dalam Negeri Menyerahkan Sijil
IQNet MS ISO 9001:2000 kepada
Y.Bhg. Datuk Mustafa b. Osman

 

Penjara Taiping Johan Anugerah Pengurusan Kewangan

 

""