Sabtu, 15 November 2008 - Penjara Pusat Miri telah mengadakan Program Gotong Royong untuk membersihkan serta memperindahkan sekitar kawasan penjara. Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan terlibat dalam program tersebut.
Kerja - kerja memasang peralatan permainan yang baru di Taman Permainan dalam Kuarters Penjara juga dilakukan oleh kakitangan sendiri. Program tersebut bermula jam 08.00 pagi dan berakhir pada jam lebih kurang 12.00 tengahari. Program tersebut untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan bersih dikalangan kakitangan disamping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
""