Festival Cipta Lagu Patriotik 2008(CIPTA)
Festival Cipta Lagu Patriotik 2008(CIPTA)
|
FESTIVAL "Patriotisme mengandungi pelbagai amanat dan falsafah yang mana dapat menemukan kembali jatidiri bangsa yang telah luntur dan tersisih bagi memulakan perjalanan sebagai insan yang berjiwa Malaysia"
TARIKH :
MASA:
TEMPAT:
|
Program ini julung kali diadakan secara anjuran bersama diantara pihak USIM dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya. Peningkatan gejala sosial dan jenayah serta terhakisnya nilai- nilai murni dikalangan masyarakat khususnya warga pelajar sekolah telah mendorong lahirnya idea untuk menganjurkan program "SEMANGAT 51 TAHUN " secara bersama dengan Jabatan Penjara Malaysia.
Pengisian program akan bercirikan keperibadian Malaysia serta boleh menjadi contoh kepada masyarakat betapa pentingnya mempunyai rasa kecintaan dan kekitaan kepada negara Malaysia yang kita cintai dan sayangi. Perancangan pembangunan jiwa dan budaya patriotisme ini harus menentukan sifat- sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa yang hebat dan seterusnya menjurus kearah ketahanan jatidiri insan. Ianya dirancang diadakan pada bulan kemerdekaan dengan tujuan melahirkan semangat patriotik yang hebat sempena sambutan ke 51 Negara Malaysia. Ikon patriotik dipilih dikalangan banduan ( penghasilan lagu patriotik) bertujuan menunjukkan bagaimana insan yang dibimbing dengan program yang berkesan oleh kakitangan penjara ( program pemulihan) dan mahasiswa ( penghasilan lirik patriotik ) berupaya mempunyai jatidiri dan rasa kecintaan yang tinggi kepada tanahair malah boleh menjadikan pengajaran yang sangat berguna kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah. Pemilihan 8 buah lagu untuk final akan diiringi oleh sebuah orkestra yang terdiri dari 80 orang pemuzik dan dipersembahkan oleh barisan artis tanahair dan media cetak/ elektronik yang turut sama memberi sumbangan kepada masyarakat kearah pembangunan modal insan yang mampan. Selain itu penyertaan mahasiswa dan banduan didalam festival ini akan turut diwarnai dengan Pertandingan Melukis Tokoh Patriotik Malaysia dan Sembang - sembang patriotik di media elektronik. Gabungan mahasiswa, kakitangan penjara, artis tanahair, orkestra dan banduan akan menjadi nadi kepada kejayaan program ini.
OBJEKTIF PROGRAM
- Mempamerkan kemampuan mahasiswa USIM dalam kerja kreatif yang berteraskan patriotisme serta perkhidmatan kemasyarakatan dan kemahiran interpersonal skill.
- Menunjukkan keberkesanan program pemulihan yang telah dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia sehingga mampu melahirkan banduan yang berjiwa patriotik dan cintakan tanahair.
- Memberi peluang untuk mendapatkan promosi dari media cetak dan elektronik berkenaan program yang dijalankan dan meningkatkan imej di kedua - dua entiti serta pihak yang terlibat secara langsung seperti DBKL, Perbadanan Putrajaya , pihak media cetak / elektronik dan barisan artis tanahair.
- Meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat dan pandangan yang tinggi dalam memperlihatkan tahap kompetensi kedua- dua entiti dan agensi kerajaan dalam memulihkan dan menyediakan bimbingan sehingga menjadikan banduan sebagai insan yang berguna.
PENGLIBATAN PESERTA
- Mahasiswa USIM
- Pelajar sekolah- Audiences
- Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia
- Artis Jemputan - (Adibah Noor, Nash, Sabihah, Sahri AF, Nassier Wahab & Rosma AF)
- Penghuni Penjara
TENTATIF PROGRAM FESTIVAL CIPTA LAGU PATRIOTIK 2008
8.00 malam | Ketibaan tetamu jemputan |
8.10 malam | Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Mohd Noor Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia Sidang Akhbar Cipta 2008 |
8.40 malam | Negaraku Usim Terus Maju Bakti Setia :Overture Flag Dance |
8.55 malam | Aluan Pengerusi Persembahan Multimedia |
9.00 malam | Persembahan 8 Finalis CIPTA 2008 (Iringan Orkestra DBKL |
10.20 malam | Persembahan Selingan Sketsa Bahtera Merdeka |
10.40 malam | Penyampaian Hadiah & Cenderamata |
10.55 malam | Finale - Malaysiaku Gemilang |
11.00 malam | Majlis Selesai/Jamuan |