Seramai 35 anggota Jabatan Penjara Sungai Petani telah menyertai Program Motivasi anjuran institusi ini selama 3 hari bermula pada 1/12/2008 sehingga 3/12/2008. Seramai 35 anggota Jabatan Penjara Sungai Petani telah menyertai Program Motivasi anjuran institusi ini selama 3 hari bermula pada 1/12/2008 sehingga 3/12/2008.
Bertempat di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, program ini diselaraskan oleh KIP Mohd Sabri bin Hamid @ Yahya dan dibantu oleh 6 orang pegawai lain.
Antara pengisian program motivasi ini termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Tazkirah selepas solat berjemaah, aktiviti mendaki bukit dan aktiviti SENTAP. Rata-rata peserta dalam program motivasi ini amat berpuas hati dan mendapat banyak manfaat serta dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kerja dan tugas-tugas seharian.
""