11 Ogos 2008 � Majlis perasmian pembukaan Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP), Human Development Plan telah berlangsung di Akademi Koreksional Malaysia di mana, Y. Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Mustafa bin Osman telah menyempurnakan majlis berkenaan. |
Program ini telah disertai oleh 10 pegawai dari negara-negara luar yang terpilih seperti Thailand, Brunei, Maldives, Kepulauan Solomon, Namibia, India, Seychelles, Fiji, Myanmar dan Sri Lanka manakala 19 orang pegawai dari seluruh Institusi Penjara Malaysia telah juga sama-sama menyertainya. Program ini telah bermula pada 10 Ogos 2008 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2008.
Program selama tiga minggu ini membincangkan modul-modul berkaitan Plan Pembangunan Insan yang telah dilaksanakan di Jabatan Penjara Malaysia agar ia dapat dikongsi bersama oleh semua peserta terutama dari negara luar serta memberikan input-input baru ke arah satu matlamat iaitu memperkasa aktiviti pemulihan kepada penghuni.
Peserta Kursus MTCP 2008 Akademi Koreksional Langkawi |
Ucapan Perasmian Y.Bhg Datuk Mustafa Bin Osman sempena Perasmian MTCP 2008 |