Pada 09.02.2015 (Isnin) telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari di Penjara Pokok Sena,Kedah bertempat di Perkarangan Dataran Setia. Aturcara majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi. Majlis disempurnakan oleh TKPj Haji Kushairi Bin Manap serta diiringi oleh PP Shahhimin bin Haji Hussain. Majlis dimulakan dengan Pemakaian Pangkat Inspektor bagi lantikan secara KPSL, serta penyerahan sijil penghargaan Tangkapan Artikel Larangan kepada kakitangan yang terlibat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Al Fadzil Ustaz dan jamuan makan. |