11 Februari 2015, Unit Pemulihan dan Rawatan (Unit Agama) Penjara Sungai Petani telah menguruskan majlis pengislaman seorang saudara baru (penghuni) bertempat di bilik mesyuarat Penjara Sungai Petani. Pegawai agama dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Al-Fadhil Ustaz Mohd Murtadha b. Hj. Mohd Yusoff telah dijemput menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut PKP Husin b. Hj. Johari, Pengarah Penjara Sungai Petani, PP Jamaludin b. Awang Kechik, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, TPP Mohd Nizar b. Abdullah, Ketua Bhg. Pemulihan dan Rawatan Institusi serta pegawai dan kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Petani. |