15 April 2014 - Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota Kluang bersama Jabatan Pertanian Daerah Kluang telah menganjurkan kursus membuat mee kuning dan laksa bertempat Dewan Serbaguna PPP Kem Mahkota. Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 orang ODS dan beberapa anggota PPP Kem Mahkota, Penjara Kluang dan Parol Negeri Johor. Objektif program ini adalah untuk memberi ilmu serta kemahiran dalam perniagaan berskala kecil untuk ODS memulakan kehidupan apabila bebas kelak.
|