31 Disember 2012, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Alor Setar, Kedah telah mengadakan program 'Di Ambang 2013 Bersama Penghuni'. Program ini telah diadakan di Dataran Kawad dan seramai 27 orang penghuni telah terlibat dalam persembahan tersebut. Program ini diserikan dengan persembahan boria, nasyid dan sketsa penghuni yang diiringi oleh Kumpulan 3D's Penjara Alor Setar. Hadir sama, PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar, Encik Idris bin Ismail, Pengerusi PENAWAR dan Encik Nikmatlah bin Hassan, Penyelia Rumah Perantaraan serta ahli-ahli Lembaga Hakim Pelawat.
|