Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Penghuni Penjara Penor telah diadakan pada 24 Ogos 2013 bertempat di Perkarangan Pintu Utama Penjara Penor. Seramai 10 penghuni terlibat mengikuti program kali ini yang dihadiri oleh PKK Ahmad Saidi Bin Hamzah, Pengarah Penjara Penor. Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu hari raya oleh penghuni, penyampaian sumbangan dari keluarga kepada penghuni dan penyampaian cenderahati penghuni kepada keluarga. Program bermula jam 9.30 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari.
|