Pada 5 Februari 2012, Institusi Penjara Kajang dengan kerjasama Masjid Jabatan penjara Malaysia telah mengadakan perarakan bersempena Maulidur Rasul 1433H. Perarakan disertai oleh 13 kontijen yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga serta pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Integrasi Penjara Kajang. Perarakan diketuai oleh Yang Setia KPj Tuan Hj Abdul Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Kajang bermula dari Dataran Blok AB dan berakhir di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia. Antara pengisian program ini ialah ceramah oleh Yb Ustaz Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.
|