Pada 07 Feb. 2012, Institut Koreksional Malaysia telah di Kunjungi oleh Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalankan Program Trans 1Malaysia Kayuhan Amal Palestin 2012. Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian. Dimana ianya terdiri daripada Mahasiswa dan juga Belia Melaka. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/mahasiswi dan juga golongan belia mengenai aktiviti sukan yang mencabar dan sihat. Selain itu juga ianya bertujuan untuk mengutip dana bagi sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Viva Palestin Malaysia (VPM). Majlis perasmian telah sempurnakan oleh Y.B Datuk Ir Hj Idris Bin HJ Haron Ahli Parlimen Tangga Batu. Turut hadir Profesor Datuk Dr. Tajudin bin Hj. Ninggal Timbalan Naib Canselor ( hal Ehwal Mahasiswa & Alumni). PP Mohd Rothman Bin Bujang Dan juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka.
|