Kuching, 3 Mac 2012, satu Program Hari Arbor Tahun 2012 telah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara bertempat di Jalan Bako, Kuching. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara agensi/jabatan di sekitar Bandaraya Kuching dan juga menghargai alam sekitar. Program ini juga telah dirasmikan oleh YAB Puan Sri Ragad Kurdi Taib, isteri YAB Pehin Sri Ketua Menteri Negeri Sarawak. Turut hadir sama YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahab bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abdul Kadir bin Rais, kakitangan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Pejabat Parol Negeri Sarawak dan lain-lain agensi/jabatan Negeri Sarawak. Majlis bersurai jam 12.00 tengahari.
|