| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan YBhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar Ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 10 Mei 2012 (Khamis), YBhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. YBhg. Datuk Wira tiba di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada jam 10.50 pagi. Ketibaan YBhg. Datuk Wira telah disambut oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan pegawai-pegawai kanan PPA Machang.


Turut serta dalam lawatan tersebut ialah PKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol Negeri Kelantan.


Semasa sesi lawatan YBhg. Datuk Wira telah melihat proses pembatalan perintah tahanan dan bertemu bual dengan keluarga tahanan yang dibebaskan. Sesi lawatan berakhir pada jam 1.00 tengahari.