| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 1 Tahun 2012

Mesyuarat Ketua-ketua Institusi (MKKI) Bil 1 Tahun 2012 telah diadakan pada 28 Mei 2012 sehingga 31 Mei 2012 bertempat di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 79 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Institusi dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri. Acara yang berlangsung selama 4 hari ini  berobjektifkan:


„X Memberi pendedahan kepada ketua-ketua institusi berkaitan isu dan cabaran yang telah, sedang dan bakal dihadapi oleh Jabatan dan mengemukakan cadangan penyelesaian agar Jabatan sentiasa selari dengan perkembangan semasa;
„X Meneliti semula program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan visi, misi dan objektif Jabatan berada pada landasan yang sebenar dan dicapai dengan jaya;
„X Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui perkongsian ilmu dan cetusan idea bersama serta mengatasi karenah birokrasi; dan
„X Memperkasa jaringan kerjasama antara pengarah-pengarah bahagian di peringkat ibu pejabat dan ketua-ketua institusi.


Perjalanan MKKI Bil 1 Tahun 2012 pada hari pertama dimulakan dengan taklimat Outcome Based Budgeting System (OBB) yang disampaikan oleh PKK Abdul Kadir bin Haji Rais dan taklimat pelaksanaan Program NKRA yang disampaikan oleh TKPj Supri bin Hasim.



Hari berikutnya ahli MKKI bergerak ke Pusat Koreksional Perlis untuk menghadiri Majlis Perasmian Pusat Koreksional Perlis yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Raja Perlis. Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Makan Malam Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Raja Perlis bersama Warga Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dihadiri oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis, YB Menteri Besar Negeri Perlis, EXCO Negeri Perlis dan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia.



Pada hari ketiga iaitu 30 Mei 2012, MKKI dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Turut dimuatkan pada majlis ini ialah penyampaian pingat kepada 28 orang Pegawai Kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Ketua-ketua Institusi. Antara pingat yang telah disampaikan ialah Pingat Perkhidmatan Awam, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Ketua Pengarah Penjara (Perak), Pingat Setia Penjara, Pingat Cemerlang Penjara, Pingat Pekerti Penjara dan Pingat Bakti Penjara. Selain penyampaian pingat semasa majlis perasmian MKKI, penyampaian sijil iaitu sijil MS ISO 9001:2008, sijil penghargaan kepada institusi penjara yang telah mencapai sasaran bagi hasil Bengkel Akaun Amanah dan Bengkel Perusahaan, pensijilan SMPP, sijil penghargaan pelaksanaan 100% Sistem Pengurusan Aset, sijil penghargaan Penyelesaian Tunggakan Pinjaman Komputer sehingga 31 Disember 2011, Penarafan 4 Bintang Terhadap Pengurusan Kewangan Tahun 2011, sijil penghargaan Mencapai 100% Proses Pembayaran Bil Dalam Tempoh 14 Hari bagi Tahun 2011 dan sijil penghargaan Kursus Mencukupi 7 Hari.



Acara yang dimuatkan pada hari terakhir MKKI iaitu pada 31 Mei 2012  ialah Pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) 2012 yang disampaikan oleh Puan Juanita binti Mohd Said, Penasihat Undang-undang Jabatan dan Pembentangan Kajian Prison Community Link on Harm Reduction (PICOL) yang disampaikan oleh Dr. Ilias bin Adam Yee dari CERIA, Pusat Perubatan Universiti Malaya. MKKI Bil 1 Tahun 2012 diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan seterusnya membawa Jabatan ini ke arah sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia.