13 Jun 2012 Bersempena sambutan Isra' dan Mikraj 1433H /2012M satu majlis ceramah kepada seluruh warga Penjara S.Perai telah diadakan di Surau As-Sakinah, Penjara Seberang Perai. Majlis ini telah dihadiri oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat,Pengarah Penjara Seberang Perai,kakitangan penjara serta jemputan dari institusi Penjara Reman Pulau Pinang, Parol Negeri, Parol Daerah di Pulau Pinang. Majlis tersebut bermula selepas solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Hj. Abdullah Khairi b. Hj. Haroon. Majlis diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan makan malam serta turut diadakan cabutan bertuah kepada kakitangan yang hadir.
|