Karnival Keluarga 1KDN Tahun 2012 telah diadakan pada 7 dan 8 Julai 2012 di Kompleks Sukan Penjara Kajang. Inisiatif penganjuran ini adalah daripada YBhg. Dato' KSU untuk melihat berlakunya proses integrasi yang mesra dan bersatu hati dalam pengurusan disemua peringkat jabatan dan agensi di bawah KDN. Konsep penganjuran secara bersama dengan gabungan 3 aktiviti utama iaitu Karnival Sukan Antara Jabatan (Jabatan Penjara sebagai penyelaras utama) , Malam BBQ (Penyelaras utama JPAM) dan Hari Keluarga (Penyelaras utama PUSPANITA KDN) telah berjaya mencapai matlamat merapatkan ikatan dan kerjasama berpasukan antara Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian. Jabatan Penjara Malaysia telah diberikan tanggungjawab menjayakan program yang pertama kalinya diadakan selepas kali terakhirnya diadakan di Santubong Sarawak pada tahun 2003.
|