| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jabatan Penjara Malaysia Mengungguli Konvensyen ICC MPC Wilayah Sabah & Sarawak

Konvensyen Innovative And Creative Circles (ICC) Wilayah Sarawak & Sabah 2012 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sarawak telah diadakan di Pullaman Hotel Kuching Sarawak yang berlangsung selama 2 hari iaitu 11-12 Julai 2012.Konvensyen ICC ini telah disertai seramai 41 kumpulan ICC dari Semenanjung,Sabah dan Sarawak dan dihadiri lebih kurang 500 peserta ICC dari pelbagai sektor awam dan swasta.


Konvensyen ICC Wilayah Sarawak & Sabah 2012 telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tn Haji Suhaimi Abd Talib Pengarah MPC Wilayah Sarawak.Jabatan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 3 pasukan ICC dari Penjara Pusat Sri Aman,Sarawak (ICC Berlian),Sekolah Henry Gurney Keningau,Sabah (ICC Kristal) dan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah (ICC Etika).Keputusan penuh Konvensyen ICC Wilayah Sarawak & Sabah,
Anugerah Emas telah diperolehi oleh ICC Berlian dari Penjara Pusat Sri Aman,Sarawak dengan tajuk projek "Kesukaran Penggunaan Kad Bilik Banduan".Turut menerima Anugerah Emas ICC Kristal dari Sekolah Henry Gurney Keninggau,Sabah dengan tajuk projek "Peningkatan Longgokan Sisa Buangan Dapur".Manakala Anugerah Perak telah diperolehi oleh ICC Etika dari Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah dengan tajuk projek "Sistem Pengesan Fail".


Kumpulan ICC yang berjaya akan mewakili wilayah masing-masing ke Konvensyen International Convention on Quality Control Circles (ICQCC). Peringkat Kebangsaan pada 14-17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Konvensyen ICC Wilayah Sarawak & Sabah 2012 telah disempurnakan oleh Y.B Dato Jacob Dungau Sagan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia (MITI). Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya.