Majlis berbuka puasa peringkat penghuni Penjara Marang Terengganu bersama Majlis Adat Istiadat Agama Islam Negeri Terengganu (MAIDAM) telah diadakan pada hari isnin 13.08.2012 iaitu bersamaan 24 Ramadan 1433H di perkarangan surau al-Falah Penjara Marang Terengganu. Serami 200 orang penghuni yang telah terpilih untuk majlis berbuka puasa ini. Antara agenda utama ialah penyerahan cek sebanyak RM 5000 (Lima ribu ringgit) untuk berbuka puasa penghuni dan sumbangan biskut raya untuk 700 orang penghuni daripada MAIDAM kepada pengarah Penjara Marang Terengganu PKP Hamzani b Che Berahim. Manakala Penjara Marang Terengganu telah menyerahkan sumbangan zakat fitrah sebanyak RM 1407.00 (Seribu empat ratus tujuh ringgit) yang dikutip daripada 201 orang penghuni untuk diserahkan kepada MAIDAM.
|