| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012

Pada 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal, bertempat di Kantin Pegawai, Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan Program Jalinan Kasih bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang PP Mohd. Sobri bin Mahadzir. Seramai  9  orang banduan sabitan yang layak dan bersetuju  untuk menyertai program tersebut dengan kehadiran seramai 45 orang pelawat yang terdiri dari keluarga terdekat. Tetamu disajikan dengan aneka juadah hari raya disamping didendangkan dengan koleksi lagu-lagu raya. Kesyahduan pagi syawal sangat dirasakan dengan kehadiran keluarga terdekat, sehinggakan terpancar sinar kegembiraan pada raut wajah yang hadir meskipun ada yang bertolak seawal jam 3.00 pagi untuk bersama-sama turut serta di dalam program ini. Pada hari tersebut terdapat suasana yang begitu menyentuh perasaan mereka yang hadir, di mana seorang dari anak perempuan  penghuni berusia 12 tahun tidak mahu berpisah dari  bapanya yang disabitkan kesalahan lalu lintas dan tidak mahu melepaskan pelukan ayahnya ketika majlis selesai, keadaan turut diredakan dengan kehadiran anggota bertugas. Lebih menyedihkan kanak-kanak perempuan tersebut tidak mahu berganjak dari Pondok Pengawal di luar Pintu Besar walaupun puas dipujuk oleh ibunya dan mengambil sedikit masa untuk beredar. Keistimewaan Program ini adalah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan peluang bermaaf-maafan sempena dengan hari yang mulia antara penghuni dan keluarga.