8 November 2012 (Khamis), Penjara Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163 bertempat di Dewan Wawasan dan telah disempurnakan oleh PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban. Majlis sambutan yang turut dihadiri PP Ahmad Zaini bin Abu Hassan, Pengarah Parol Negeri Sembilan dan TPP Wan Rosli bin Wan Dollah, Komandan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas bermula jam 8.00 pagi di dahului dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan diikuti dengan bacaan Ikrar Jabatan. PKP Hafidz bin Othman turut membacakan teks ucapan Y. Bhg Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat-pingat dan sijil kepada 60 orang anggota pelbagai pangkat serta upacara pemakaian pangkat kepada 2 Inspektor Penjara. Pada jam 10.00 pagi, para penerima pingat dan jemputan telah menghadiri sesi ceramah bertajuk Komunikasi Yang Berkesan Dalam Organisasi yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri bin Ahmad, Dekan Falkulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malayisa. Pada jam 3.00 petang telah diadakan aktiviti sukan futsal antara platun dan sambutan Hari Penjara peringkat Penjara Seremban diakhiri dengan bacaan yasin dan doa selamat di Surau Al-Jamiah.
|