Selasa (06 November 2012) TTP Taiping telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Yang ke-163 peringkat institusi. Majlis tersebut dimulai dengan ketibaan PKP Mohd Roslen Bin Ramli, Pengarah TTP Taiping dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Malaysia Inovatif diiringi oleh kumpulan koir. Majlis diteruskan lagi dengan pemeriksaan baris , bacaan ikrar dan penganugerahan pingat/sijil penghargaan kepada 29 anggota. Dalam majlis tersebut teks ucapan Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia turut dibacakan.
|