Penjara Pokok Sena, 08 Februari 2011, Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pokok Sena, Kedah telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersemuka sempena tahun Baru Cina peringkat penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2011. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Penolong Komisioner Penjara, Tuan Hj Zawari Bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena . Sebanyak 15 orang banduan telah terpilih berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan . Pelbagai acara yang disajikan kepada ahli-ahli keluarga dan para jemputan seperti Tarian Naga oleh Penghuni, persembahan banduan dan lain-lain lagi .Program sebegini telah memberikan kesan positif bukan sahaja dari aspek pemulihan banduan, malahan juga mengeratkan lagi kembali hubungan kekeluargaan di antara penghuni dengan ahli keluarga yang lain. |