KOTA KINABALU, 26 Feb: Kejohanan Badminton Penjara Negeri Sabah 2011 telah berlangsung pada 24 -26 Februari 2011 bertempat di Dewan Merak Kayangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Kejohanan ini disertai oleh semua institusi Jabatan Penjara Negeri Sabah dan telah dirasmikan oleh PKK. Mohd Sabri bin Yaacob serta turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Sabah.Juara keseluruhan kejohanan pada kali ini telah di menangi oleh pasukan Penjara Tawau. Majlis Penutupan telah diadakan pada malam 26 Februari 2011 disempurnakan oleh PKK Mohd Sabri Yaacob Pengarah Penjara Sabah dan diserikan dengan persembahan oleh setiap kontinjen yang bertanding. |