Pada 25 sehingga 27 Mac 2011, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak telah telibat dengan program Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Dalam Negeri di Sarikei bersama agensi-agensi jabatan kerajaan yang lain dibawah Kementerian Dalam Negeri. Seramai 13 anggota telah terlibat bagi menjayakan program tersebut yang di Ketuai Oleh Inspektor Abdul Ghani Zainoren dan Inspektor Patrick ak Nuga dari Penjara Pusat Sibu, Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah wakil Pengarah Penjara Negeri Sarawak Penolong Komisioner Penjara Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim serta isteri.
Program tersebut bertempat di Perkarangan Pasar Central Sarikei dan aktiviti-aktiviti utama yang telah di jadualkan oleh pihak KDN kepada Jabatan Penjara ialah :
Ketiga-tiga program tersebut telah mendapat sambutan baik dari penduduk Sarikei. Seramai 550 orang pengunjung dewasa mahupun kanak-kanak telah mengunjungi booth Jabatan Penjara Malaysia. |