| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Penjara Limbang

Penjara Limbang, 11 Mei 2011, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Limbang telah mengadakan program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu. Program ini telah diadakan di ruang legar Bilik Jumpa Penjara Limbang dan seramai 4 orang penghuni telah dipilih bagi menyertai program berkenaan. Majlis dimulakan dengan ucapan dari TPP Maswardi b. Masri  disusuli dengan persembahan nasyid dari penghuni  serta acara memotong kek sempena Hari Ibu. Pendekatan sebegini amatlah diharapkan akan memberi impak yang berkesan terhadap usaha-usaha pemulihan penghuni untuk mereka kembali kepangkuan masyarakat dengan penuh yakin dan selesa apabila dibebaskan kelak.