| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Zon Selatan 2011

09 Mei 2011  Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan Program Mesej Dari Penjara anjuran bersama  Penjara Kluang, Unit Kebajikan IPPM dan Bahagian Parol Zon Selatan yang bertemakan ''Memasyarakatkan Penjara''  Program ini telah dihadiri seramai 282 orang jemputan yang terdiri daripada kakitangan Penjara, Badan-badan Pertubuhan NGO, JKKK dan majikan.



Dengan perlaksanaan program Mesej Dari Penjara ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran berkaitan tanggungjawab setiap individu serta masyarakat umumnya sebagai persediaan untuk meneruskan kesinambungan proses pemulihan ke atas penghuni  setelah dibebaskan dari penjara. Selain itu, ia juga diharap dapat mengeratkan hubungan antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) serta lain-lain entiti berkaitan dalam memastikan pemulihan penghuni dapat direalisasikan bagi mencapai NKRA negara dalam usaha mengurangkan kadar residivis di kalangan penghuni penjara.