24 Mei 2011 Selasa, Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu dan Bapa Penjara Bentong 2011 telah berlangsung pada 24 Mei 2011 bertempat di Dewan At-Tarbiyah Penjara Bentong. Acara dimulakan pada jam 2.30 petang sejurus selepas ketibaan Pengarah Penjara Bentong, TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak. Turut dihadir ialah PP Teyun Thian Eim, TPP Talhah Hasim serta Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Bentong.
Seramai 13 orang penghuni lelaki dan 2 orang penghuni wanita telah yang terdiri dari Melayu ( 9 orang ), Cina ( 3 orang ) dan India ( 3 orang ) telah terpilih untuk mengikuti dan mengambil bahagian dalam program ini. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada penghuni dan keluarga untuk bertemu secara bersemuka. Penghuni dan ahli keluarga serta hadirin kemudian menikmati jamuan yang disediakan disamping dihiburkan dengan nyanyian Nasyid, Dikir Barat dan Deklamasi Puisi oleh penghuni. Majlis tamat pada jam 4.00 petang dengan acara terakhir iaitu perarakan pulang ahli keluarga penghuni yang berlangsung dalam suasana yang cukup pilu dan mengharukan.
|