Pada 8 hingga 10 Julai 2011, Penjara Negeri Sarawak telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke 18, Tahun 2011 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah disertai oleh 13 buah institusi Penjara Malaysia. Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching Sarawak. Johan edisi ke-18 dimenangi oleh Kedah B, Naib johan Selangor C dan tempat ke tiga bersama Penjara Sarawak dan Pulau Pinang. Dua pemain daripada pasukan Kedah B iaitu Wadar Azura telah nobatkan sebagai pemain terbaik manakala penjaring terbanyak disandang oleh Wadar Nurmala. |