7 Ogos 2011 - Penjara Pokok Sena telah menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa Peringkat Zon Utara yang dihadiri YBhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Pada sebelah petang telah diadakan perjumpaan dan dialog antara pegawai kanan. Selepas berbuka puasa YBhg Datuk Wira bersama Ketua-ketua institusi Zon Utara serta Ketua-ketua jabatan lain mengerjakan Solat Sunat Terawih.
|