| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2011

Melaka 08 September 2011 Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2011 telah diadakan di Auditorium Yayasan Melaka. Sebanyak dua kategori dipertandingkan. Kategori pengurusan sebanyak 4 kumpulan manakala kategori teknikal sebanyak 7 kumpulan telah menyertai konvensyen ini.
Kumpulan Walid dari Penjara Pra Bebas, Dusun Dato’ Murad telah  diisytiharkan sebagai johan ( Anugerah YAB Ketua Menteri Melaka ) kategori teknikal dan fasilitator terbaik  ( Anugerah Emas ) dalam konvensyen KIK peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2011. Tajuk projek yang dibentangkan ialah Perbelanjaan Makanan Kambing Di Dusun Dato Murad Meningkat. Kumpulan Walid telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM3500 berserta piala iringan dan sijil penghargaan manakala fasilitator terbaik  TPP Mohd Zain bin Ismail telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 berserta piala iringan dan sijil penghargaan.



Manakala tempat kedua dimenangi Kumpulan Semarak ( Jabatan Bomba dan Penyelamat ) dengan tajuk Mengatasi Kesulitan Membawa Peralatan Mencari dan Menyelamat Semasa Operasi/Latihan manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan Tuah     ( Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ) dengan tajuk Proses Pendaftaran Rakan Muda Yang Kurang Efisyen di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.



Dengan kejayaan ini Kumpulan Walid akan mewakili kerajaan negeri ke konvensyen KIK peringkat kebangsaan dalam kategori teknikal bagi tahun 2011.