3 NOVEMBER 2011 bertempat di Dewan Melati Penjara Penor telah diadakan Sambutan Hari Penjara Peringkat Institusi yang telah dirasmikan oleh PP Mohd Izhar bin Haji Yahya, Timbalan Pengarah Penjara Penor. Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bakti Setia diikuti Bacaan Ikrar dan Bacaan Teks Perutusan Komisioner Jeneral Penjara, Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar yang telah disampaikan oleh PP Mohd Izhar bin Hj Yahya. Majlis diteruskan dengan acara Pemakaian Pangkat dan Pemberian Pingat kepada 52 anggota lain lain pangkat. Pada sebelah petang telah diadakan Perlawanan Sepak Raga Bulat dan Pertandingan Bola Sepak Campuran, sambutan diteruskan ke sebelah malam dimana telah diadakan Majlis Tahlil di Masjid Penjara Penor.
|