Pada 08 November 2011, Parol Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Korban Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1432 Hijrah bertempat di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah, Melaka.
Majlis tersebut bermula pada pukul 07.30 pagi dengan sembelihan lembu korban di tapak penyembelihan Kampong Pulau, Durian Tunggal, Melaka. Lembu korban tersebut disumbangkan oleh Pengurus Syarikat Kayu Jati Berhad, Melaka. Selepas itu daging lembu korban tersebut dibawa ke Pejabat Parol Daerah Melaka tengah untuk dilapah dagingnya dan seterusnya untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat.
Majlis tersebut diceriakan lagi dengan kehadiran lebih kurang seramai 100 orang. Majlis berjalan dengan suasana ceria dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada kakitangan Parol Institiusi yang berdekatan, ODP, Pesalah PKW, NGO's, Agensi Kerajaan dan Swasta.
|