Putrajaya 1 Disember 2011, Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia telah dianugerah penarafan 5 bintang oleh Government Enablement, Multimedia development Corporation (MdeC) sepanjang enam tahun penilaian. Dengan penganugerahan tersebut Portal Rasmi Jabatan Penjara sebaris dengan 285 buah portal dan laman web agensi kerajaan yanag lain yang turut dianugerahkan penarafan 5 bintang. Sebanyak 842 buah portal dan Laman Web agensi kerajaan dinilai melalui Malaysia Government Portals & Websites Assessment 2011. Daripada jumlah tersebut hanya 26.12 telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan dianugerahkan penarafan 5 bintang. Dengan pengiktirafan tersebut diharap hasrat kerajaan menjadikan portal rasmi ini sebagai pusat sehenti (One Stop Center) agensi menjadi kenyataan.
|