| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S IKoM

IKoM , 22 Julai 2010 ? Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah di audit oleh Panel Audit dari MPC, Johor iaitu Encik Zul Ezwan Bin Mohamad bagi mendapatkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Aturcara bermula pada jam 9.00 pagi dengan taklimat pelaksanaan Amalan 5S IKoM yang telah dipengerusikan oleh PP Mohd Rothman Bin Bujang, Komandan IKoM. Setelah selesai taklimat Panel Audit telah memeriksa fail dokumentasi Ahli Jawatankuasa Amalan 5S, IKoM seterusnya menjalankan audit di lokasi zon ? zon yang terlibat dengan Pelaksanaan Amalan 5S.
Panel Audit telah berpuashati dengan pelaksanaan Amalan 5S di IKoM dan mengesyorkan Institut Koreksional Malaysia layak dianugerahkani Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Komandan IKoM telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan IKoM yang telah bekerjasama berusaha mendapatkan pengiktirafan yang bermakna ini.