Rabu, 4 Ogos 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Padang Insaf Penjara Kluang, Johor telah berlangsung Program Sukaneka & Kempen Kibarkan ?Jalur Gemilang? peringkat penghuni Penjara Kluang Tahun 2010. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan penghuni Penjara Kluang. Seramai 380 banduan lelaki dan 70 banduan wanita menyertai program tersebut. Aturcara program bermula dengan nyanyian lagu ?Negaraku? dan bacaan doa oleh Pegawai Unit Agama. Program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh PKP Mohd Muslih Bin Mahmud, Timbalan Pengarah Penjara Kluang dan diikuti dengan nyanyian lagu ?Jalur Gemilang? serta ?1 Malaysia?. Turut diadakan beberapa acara sukaneka sebelum penyampaian hadiah bagi acara tersebut disampaikan oleh PKP Muslih Mahmud. |