Kajang-19 Ogos 2010 Kempen Sambutan Hari Kebangsaan telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar. Y.Bhg. Datuk Wira telah sudi mengagihkan bendera Jalur Gemilang kepada semua pengarah-pengarah bahagian IPPM untuk dikibarkan di bahagian masing-masing. Sempena majlis tersebut, Y.Bhg. Datuk Wira juga telah melancarkan Kuiz Kemerdekaan yang dibuka penyertaannya kepada seluruh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Soalan kuiz berkisar sekitar sejarah Negara dan perkembangnnya, mengandungi 53 soalan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-53. Hadiah-hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai yang perlu direbut oleh semua kakitangan. Pautan Ke Kuiz Merdeka http://jpmportal.prison.gov.my/prisonquiz/ Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta pengarah-pengarah bahagian. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA."1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI" |