| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perarakan Hari Kebangsaan Ke-53 Peringkat Negeri Perak

Pada 31hb Ogos 2010, Jam 7.30 pagi, bertempat di Stadium Ipoh Perak, Institusi Penjara Taiping telah menyertai Perarakan Hari Kebangsaan ke-53 peringkat Negeri Perak.Kontinjen dari Penjara Taiping terdiri daripada (48) anggota dan diketuai oleh IP Mohd Hairie Bin Yusof. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah, Sultan Perak berkenan mencemarduli menerima tabik hormat dari kontinjen yang menyertai Perarakan hari Kebangsaan ke ? 53. Sebanyak (37) Kontinjen dari pelbagai Jabatan / Kementerian/ Uniform telah mengambil bahagian dalam perarakan pada tahun ini. Kontinjen dari Penjara Taiping telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang perarakan. Sambutan pada tahun ini telah diserikan lagi oleh persembahan Gimbastik dari TUDM, Seni Pertahanan Diri oleh ATM dan Persembahan Kebudayaan. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.