| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Petugas Barisan Hadapan

Pada 21 ? 24 September 2010, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Bengkel Petugas Barisan Hadapan yang telah di sertai seramai 40 orang kakitangan beruniform dan awam.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman kemahiran konsep perkhidmatan Petugas Barisan Hadapan yang berkualiti, meningkatkan penghayatan nilai dan etika bekerja dan seterusnya dapat melahirkan individu yang berkebolehan memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan kearah mempertingkatkan imej organisasi.

Antara kandungan kursus yang telah dilaksanakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Konsep pelanggan dan harapan pelanggan, perhubungan manusia dan komunikasi berkesan,Imej petugas kaunter dan nilai unggul dalam pembentukan sikap dan cara ? cara perkhidmatan kaunter yang berkualiti serta aktiviti jasmani pagi, riadah dan kuliah Maghrib. Majlis penyampaian sijil dan penutupan bengkel telah disempurnakan oleh PP Mohd Rothman Bin Bujang, Komandan IKom.