Kluang, 1 November 2010-Sambutan Hari Penjara Malaysia yang diadakan setiap tahun adalah pendekatan terbaik Jabatan bagi menyampaikan mesej transformasi yang sedang dijalankan oleh jabatan kepada masyarakat. Komisioner Jeneral Penjara, Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli Omar, berkata Tema '1Penjara Ke Arah Transformasi' begitu signifikan dengan senario semasa. Ia sebagai pelengkap kepada gagasan kerajaan dalam usaha melaksanakan program transformasi dalam perkhidmatan awam. Dalam konteks kepenjaraan antara transformasi yang sedang dan akan dilaksanakan ialah seperti pelaksanaan Program Pemasyarakatan Banduan, Pusat Khidmat Komuniti, Pusat Kehadiran Wajib, Half Way House, Trup Tindakan Cepat, Penubuhan Unit Berkuda dan pengkategorian penjara. YB. Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah sudi hadir merasmikan majlis mewakili YB. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri. Turut hadir Y.Bhg. Dato' Md. Nor bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, ketua-ketua jabatan persekutuan dan ketua-ketua jabatan peringkat negeri, pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua institusi serta masyarakat setempat. Sempena sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia pada kali ini, lencana baru jabatan dilancarkan oleh YB. Timbalan Menteri Dalam Negeri. Majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Tuanku Nur Zahirah turut diadakan bagi meningkatkan hasil tenunan songket di Jabatan Penjara Malaysia Bersempena dengan sambutan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Bakti Setia, Anugerah Model Insan Berjaya dan Anugerah Khas kepada NGO dan pihak swasta. Manakala Anugerah Inovasi dan Akaun Amanah Terbaik disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN. Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar telah sudi menyampaikan Pingat Ketua Pengarah Penjara kepada anggota yang terpilih. Berikut ialah senarai penerima Pingat Jabatan Penjara Malaysia: 1. Y.Bhg. Dato' Md Nor Bin Hashim Tim. Ketua Setiausaha Pengurusan)KDN 2. Y. Bhg. Datuk Mohd. Zaman Khan Rahim Khan Presiden Majlis Aids Malaysia Malaysian Aids Council 3. Y. Bhg. Datuk Hj. Hamzah Bin Bajuri S/U Lembaga Hakim Pelawat Melaka 4. Dato' Seri Dr. V.S. Suwaminathan A/L Vachellaiah Pengerusi Hakim Pelawat, Jabatan Penjara Malaysia 5. Puan Saadiah Binti Mohamad Tim Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN 6. Puan Habsah Binti Md Sidek Tim Setiausaha Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Awam, KDN 7. Puan Kamariah Bt. Mohd Noor Pengurus Besar (Pengurusan Akademik)/ Pendaftar 8. Tn Hj Meraj @ Mohamad Bin Haji Abd. Jalal Pengerusi DPAS Johor 9. TKPj Abdul Aziz Bin Mohamed Pengarah Parol, IPPM 10. En. Nik Ahmad Zaki Nik Ismail Pengarah Sumber Manusia,IPPM 11. En. Mat Hassan Mat Esa Pengarah Teknologi Maklumat,IPPM 12. TKPj Narander Singh A/L Chand Singh Pengarah Penjara Sungai Buloh,Selangor 13. TKPj Mohd Shakeri Hj Dollah Pengarah penjara Bentong, Pahang Nama & Penglibatan 1. Yayasan ECM Libra Foundation - Kelengkapan pembelanjaan di SHG, Telok Mas 2. Yayasan Amal Negeri Sembilan - Penceramah / Pendidikan 3. Universiti Sains Islam Malaysia - Latihan kepada penghuni 4. En. Bennie Kumar (Catholic Prison Ministry) - Ceramah / Kelas Agama Kristian 5. Prison Fellowship Malaysia (Peninsula) - Ceramah / Kelas Agama Kristian 6. Syarikat Usahasama Panasonic Refrigeration Devices (M) - Melaksanakan program usahasama dengan jabatan 7. DPAS Johor Program - Pemulihan Banduan 1. PP Muhamad Kamal Shamsuddin - Penjara Kluang,Johor 2. PP Zaidi Bin Hamid - Ibu Pejabat Penjara Malaysia 3. TPP Hairol Hisham Mohd Harith - PPA Muar,Johor 4. KIP 10205 Azman Bin Mat Yashim - SHG Telok Mas 5. KIP Siti Norlia Bt Sulaiman - PPA Spg. Renggam,Johor 6. KIP Shahrudin B. Sulaiman - PPA. Spg. Renggam,Johor 7. SM Zainal Abidin Bin Sa'aid - Penjara Dusun Dato? Murad,Melaka 8. SM 4192 Omar B Mat - PPA Simpang Rengam, Johor 9. Kpl.7094 Harun B. Musa - PPA Simpang Rengam, Johor 10. Wdr.9149 Zulkarnian B. Safian - PPA Simpang Rengam, Johor Nama & Pekerjaan Sekarang Mahdzir bin Said - Tukang Jahit Pakaian (Tekun Nasional) Muhammad Arif bin Md Tahir - Memproses, menjual dan membekal makanan dan minuman (Tekun Nasional) Abd. Halim bin R.C Chota - Outreach staff untuk NSEP membantu KKM dalam usaha memberi kesedaran pada masyarakat tentang bahaya HIV / AIDS (NSEP/MAC) En. Ganeshan a/l M. Krishnan - Pengarah Urusan Syarikat Pengangkutan Kontena Klang, Selangor Chian Toon Suan - Drop In Center Co-ordinator membantu KKM dalam usaha memberi kesedaran pada masyarakat tentang bahaya HIV / AIDS (NSEP/MAC) Martin Balhetchet - Ketua dalam kerja-kerja pemulihan penjara seperti pemulihan / kaunseling kepada bekas-bekas banduan. Pengetua rumah Komuniti yang menempatkan bekas-bekas banduan. Fong Kin Wing Outreach - staff untuk NSEP membantu KKM dalam usaha memberi kesedaran pada masyarakat tentang bahaya HIV / AIDS (NSEP/MAC) Johan Maktab Penjara Malaysia Hasil Inovasi : Smart Target Mp-01 Naib Johan Sekolah Henry Gurney Keningau Hasil Inovasi : Penggunaan Mortar Tanah Liat Tempat Ketiga Penjara Kluang Hasil Inovasi: Sistem Pengurusan Kewangan Anggota Pemenang Anugerah Akaun Amanah Terbaik Hari Jabatan Penjara Malaysia 2010 Penjara Kluang,Johor |