Penjara Marang, Terengganu, 17 November 2010-Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini Penjara Marang, Terengganu telah menganjurkan majlis ibadah korban yang telah diadakan di Perkarangan Surau Muhammadiah Penjara Marang, Terengganu. Dalam program tersebut sebanyak dua (3) ekor lembu telah ditumbangkan iaitu seekor daripada kakitangan manakala (2) dua ekor lagi telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) iaitu seekor untuk kakitangan dan seekor untuk penghuni di Penjara Marang, Terengganu. Pengarah dan warga Penjara Marang, Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak MAIDAM untuk diagihkan kepada warga Penjara Marang serta kepada penghuni di samping bagi menjayakan Program Ibadah Qurban tersebut. Semoga ia mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT. Hadir sama dalam program Ibadah Qurban tersebut ialah PP Mohamad bin Ismail Timbalan Pengarah Penjara Marang, Terengganu. Ibadah Qurban untuk kakitangan telah dilaksanakan selepas warga Penjara Marang selesai melaksanakan Solat Aidiladha di Surau Muhammadiah Penjara Marang, Terengganu. Manakala Ibadah Qurban untuk penghuni pula telah diadakan di perkarangan Surau Al-Falah Penjara Marang dengan disaksikan oleh PP Mohamad bin Ismail, pegawai kanan, kakitangan penjara serta penghuni yang telah dipilih dalam program Ibadah Qurban tersebut. |